1 VISI 1 ASPIRASI
JPP IPGKKB 2013: PENCETUS EVOLUSI KEPEMIMPINAN TERPIMPIN
Pada 7 April 2013 yang lepas, satu pelancaran Sekretariat Pencegahan Rasuah
telah dirasmikan oleh Tn Haji Hashim Bin Deraman, Pengarah IPG Kampus Kota Bharu.
Bertempat di Dewan Wawasan ini, turut hadir memeriahkan majlis ialah Dr Hj Mohd Aziz B Mohd Din, Timbalan Pengarah IPG Kampus Kota Bharu dan Ketua Unit Risikan, Malaysian Academy of Corruption Agency Kelantan Darul Naim.
Dengan pelancaran ini, bermulalah titik permulaan sekretariat yang ditubuhkan ini sebagai satu badan agensi di bawah kelolaan IPGM yang bertanggungjawab menyemai "NO CORRUPTION" dalam kalangan guru pelatih.
"SAY NO TO CORRUPTION"
Unit Pembangunan Laman Sesawang dan Perhubungan Maya
Biro Teknologi Maklumat dan Penerbitan
JPP IPGKKB 2013/2014.