Wednesday, 13 March 2013

KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN (KOT) 2013 ANJURAN PISMP SEMESTER 5

1 VISI 1 ASPIRASI
JPP IPGKKB 2013 PENCETUS EVOLUSI KEPEMIMPINAN TERPIMPIN

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam kepimpinan dari kami di JPP IPGKKB Sesi 2013/2014.
Bertarikh 13 Mac 2013, satu lakaran sejarah telah tercalit di bumi IPGKKB. Tahniah dan syabas diucapkan kepada PISMP SEMESTER 5 di atas kejayaan dalam penganjuran Kejohanan Olahraga Tahunan IPGKKB bagi tahun 2013. Kami di saf delegasi kepemimpinan terpimpin IPGKKB mengucapkan sekalung tahniah di atas kesungguhan dan usaha yang berterusan dicurahkan daripada pihak penganjur.









Berikut adalah ranking akhir mengikut rumah sukan:
Tempat Pertama : Ledang (Merah)
Tempat Kedua : Bintang (Biru)
Tempat Ketiga : Kinabalu (Kuning)
Tempat Keempat : Tahan (Hijau)

Tahniah diucapkan kepada pemenang.
"BERSUKAN UNTUK IBADAH"

Sekian Terima Kasih.

Terbitan:
BIRO TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN PENERBITAN
JPP IPGKKB SESI 2013/2013
"Teknologi dan Penerbitan Perintis Mahasiswa Berinovasi"

Wednesday, 6 March 2013

MAJLIS PENYERAHAN BAUCAR BUKU 1 MALAYSIA (BB1M) DAN PESTA BUKU IPGKKB 2013

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam kepemimpinan dari kami JPP IPGKKB.

Pada 2 Mac yang lalu, satu majlis secara besar-besaran telah diadakan dalam memberi penghormatan kepada Dato' Dr Awang Adek, Timbalan Menteri Kewangan Malaysia di atas kesudian berkunjung ke bumi IPG Kampus Kota Bharu dalam menyempurnakan Majlis Penyerahan Baucar Buku 1 Malaysia (BB1M) kepada seluruh warga guru pelatih bermula PPISMP dan berakhir kepada PGSR.
Tahniah diucapkan kepada pihak pengurusan IPGKKB di atas kelancaran sepanjang majlis berlangsung dan syabas diucapkan kepada barisan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Sesi 2013/2014 di atas sumbangan keringat yang diberikan.







Pada 2 dan 3 Mac pula, berlangsungnya Pesta Buku IPG Kampus Kota Bharu 2013 yang sepenuhnya dianjurkan oleh Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPGKKB di bawah seliaan Biro Keusahawanan JPP iaitu Saudara Khusairi dan Saudara Abdul Rauf.
Antara Syarikat yang terlibat ialah Pustaka Johan, Syarikat Muda Osman, Western Timur IT dan lain-lain.

Sekian, Terima Kasih.

Terbitan:
BIRO TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN PENERBITAN
 JPP 2013/2014
"Teknologi dan Penerbitan Perintis Mahasiswa Berinovasi"

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN JPP SESI 2013/2014

Assalamualaikum wbt salam sejahtera.
Alhamdulillah pada 24 Februari yang lalu, seramai 31 orang mahasiswa pendidik dari IPG Kampus Kota Bharu telah dilantik sebagai Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Bagi sesi 2013/2014. 31 mahasiswa pendidik ini merangkumi 7 Ahli Majlis Tertinggi (AMT) dan 24 Ahli Majlis Mesyuarat (AMM) akan mula duduk bersama berdiskusi dan menjana transformasi berkebajikan demi menyuarakan suara Guru-guru pelatih di bumi IPGKKB.



VISI : 
JPP IPGKKB 2013 PENCETUS EVOLUSI KEPEMIMPINAN TERPIMPIN

MISI:
3K 1B
( KEILMUAN, KEBUDAYAAN, KEBAJIKAN DAN BERORGANISASI)

MOTO:
1 VISI 1 ASPIRASI
(MOTO JPP IPGM INDUK)

Sekian, Terima Kasih.

Terbitan:
BIRO TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN PENERBITAN
JPP SESI 2013/2014
"Teknologi dan Penerbitan Perintis Mahasiswa Berinovasi"